Friday, July 17, 2009

TEPUNG KEK SEGERA

Terdapat pelbagai jenis:
1. Tepung Kek Coklat Lembab Istimewa
2. Tepung Kek Keju
3. Tepung Kek Mentega Marble Pelangi
4. Tepung Kek Mentega Marble Coklat
5. Tepung Kek Mentega Qistina
6. Tepung Kek Mentega
7. Tepung Biskut Almond London
HARGA: RM7.50/pkt
Ambil 5 pkt ke atas = RM7.00/pkt

Thursday, July 9, 2009

CHOCOLATE WITH FILLINGS


The above Chocolates filled with
Strawberry Praline, Raisins and Walnut.


White chocolates with almond.

Wednesday, July 8, 2009

MORE CHOCOLATES FOR GIFT..

9 pcs chocolate in a box
Price: RM10.90
Mix: Milk Chocolate and White Chocolate
Filling: Strawberry Praline, Almond and Raisins.
9pcs in a box with ribbons: RM12.90


bottom layer: 10pcs of moon and star chocolates
(mix milk choc and white choc with raisins)

Upper layer: 10pcs of heart shape chocolates
with almond nibs
20pcs of chocolates in a box
Price: RM15.00


Price with ribbons: RM17.50

Tuesday, July 7, 2009

CHOCOLATE WITH OREO

RM1.60/pc

Hari tu baru belajar-belajar buat coklat berintikan biskut oreo... First time buat, warna dia comot2 la sikit sebab tak sabar sebenarnya... tapi tak apalah...nak buat makan family sendiri je...lepas ni nak kena pelbagaikan warna dan nak try buat lollichoc pulak... Lepas ni gemuk la satu family makan chocolate je..hehehe.. eh! apa plak... coklat kan tak menggemukkan...dah baca fakta mengenai coklat?

CHOCOLATE SPREAD (ALA2 NUTELLA..)


Resepi ini telah ditukar sedikit daripada resipi asal untuk menjadikan produk ini kurang lemak dan gula..

Bahan-bahan:

70 gm hazelnut yang dikisar
50 gm madu
200 gm susu sejat (kalau nak lebih lemak gunalah double cream)
1 1/2 tbs mentega tanpa garam
250 gm coklat couverture hitam (jika tak suka pahit, boleh gantikan dengan coklat susu)
Cara-cara:
  1. Panaskan susu, madu dan mentega mengunakkan kaedah double-boil
  2. Setelah campuran itu panas, campurkan coklat yang telah dicincang. Gaul hingga sebati baru campur hazelnut.
  3. Kemudian pukul campuran yang masih panas tadi dengan mengunakan handmixer pada takat tinggi selama 1 minit untuk mengebukannya.
  4. Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk semalaman. Untuk tahan lama produk ini mesti disimpan dalam peti sejuk

**Sumber dari http://homechoc.blogspot.com/search/label/Resipi

SELAMAT MENCUBA!!...

Friday, July 3, 2009

CHOCOLATE FOR GIFT



3 Teddy's in box
Price: RM5.20

6pcs in a box = RM6.90


9 pcs chocolate in a box
Price: RM10.90
Mix: Milk Chocolate and White Chocolate

SEASHELL CHOCOLATES


A box of Seashell Chocolates
Medium box : RM20.00 (18pcs)
(Milk Chocolate and White Chocolate)

Thursday, July 2, 2009

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT COKLAT

Ada yang bertanya, buat coklat ni guna biji koko ke? Jawapan tidak.. saya cuma membuat coklat mengunakan "semi-finished" coklat yang dijual dalam bentuk blok atau butang. "Semi-finished" coklat ini sebenarnya dah boleh dimakan begitu saja macam coklat bar, tapi untuk lebih menarik atau lebih sedap perlu dicairkan dan dicetak menjadi coklat berbentuk yang comel-comel. Kalau belajar dengan chef pun mereka akan guna "semi-finished" coklat ini untuk membuat coklat candy, cuma dua jenis "semi-finished" coklat asas sahaja yang sesuai iaitu coklat couverture dan compound. Kedua-dua jenis ini terdapat sebagai coklat hitam, susu dan putih. Perbezaan antara couverture dan compound ialah lemak yang digunakan. Coklat couverture mengunakan lemak dari biji koko sendiri yang dipanggil mentega koko (cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayur (vegetable fat). Berbagai jenama coklat couverture dan compound boleh dibeli di Malaysia (di kedai-kedai menjual bahan-bahan kuih atau dari distributor). Jenama dari Belgium ialah Callebaut, Felchlin dari Switzerland, Kondima dari German, Sicao dan Aalst dari Singapura, Selbourne dari Malaysia , dan Colatta dan Tulip dari Indonesia. Setengah jenama tu memang ada tanda halal tapi yang dari Europa kenalah tanya distributor untuk menentukan ia ada sijil Halal atau tidak.

Lemak yang berbeza digunakan dalam coklat couverture dan compound menyebabkan cara kita membuat coklat juga berbeza. Jika mengunakan couverture, coklat yang telah di cairkan pada ~40°C perlu di"temper" pada suhu ~27 °C sebelum dimasukkan ke dalam mold coklat. Jika tidak di "temper" dengan betul, coklat akan cair sebaik saja keluar dari peti sejuk. Sebaliknya jika coklat compound digunakan, coklat perlu dicarikan >40°C dan boleh terus dimasukkan ke dalam mold. Sebenarnya jika tidak berapa mahir tentang pembuatan coklat, adalah lebih mudah mengunakan coklat compound.

FAKTA MENGENAI COKLAT

Sejak zaman Cortez menjaja Aztec dan membawa pulang cacahuatll dari Dunia Baru, perasaan berbaur terhadap coklat - adakala suka, adakala tidak. Jika diterjemah langsung, Cacahuatll (bahasa Aztec) bermaksud 'anugerah tuhan'. Makanan penguat tenaga batin masyarakat purba ini menjadi rahsia diraja bertahun-tahun, disimpan istana Sepanyol. Hanya kini, setelah coklat dapat dinikmati ramai, barulah kita sedar mengapa masyarakat Aztec begitu menyanjunginya.

Hakikatnya, ramai menggemari coklat. Namun disebabkan tahyul yang lama tertanam dalam masyarakat, perasaan bersalah sering menghantui setiap kali kita menikmatinya. Anda mungkin tidak percaya sekiranya diberitahu kebanyakan laporan mengenai kesan negatif coklat disebabkan maklumat kurang tepat. Hasil penyelidikan terkini mendapati coklat berciri positif yang unik. Maka, kita harus mengubah tanggapan umum yang tidak tepat ini.

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat.Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat.Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkanIsu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklatDalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigiApabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya.Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini.Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid.Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantungDalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin? Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan.Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna.Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak. Tetapi ingat, bersenamlah selalu!

(Petikan dari:Jelita Okt 2000 Ms 209)


------------^^^^^^^^^^-------------

Ada juga pendapat mengatakan bahawa makan coklat boleh:

1..mengurangkan stress/tension especially bagi guru yang selalu tension.
2..makan coklat boleh mendatangkan ilham/ideas (dgn izin Allah)

TAPI.... ..kena hati-hati sebelum membeli coklat kerana ada coklat mengandungi 'rum' dan tidak halal dimakan...

p/s kisah benar seorang guru di Langkawi ketika kursus....3 hari.. harga coklat kat sana murah2 belaka ..3 bar coklat yang besar tuh cuma rm10.00 jer! Apalagi..kami pakat beli banyak2.. Kebetulan ketika sedang mengunyah 1 bar coklat ada seorang guru lelaki warak pun cakap 'stop!' Eh! tekejut gak...! Rupa2nyer dia pun baru terbaca kat kertas pembalut tuh... ingredients:............rum........ MasyaAllah! yang dah telan tuh tak perler..Yang dah beli tuh terpaksa lelong kat guru2 non muslim.... Takpelah kata 'ustaz' tu..'RUGI DI DUNIA' So..lepas tuh tak berani beli coklat sembarangan tanpa membaca is kandungan nyer!